Tips Untuk Penjagaan Kereta

  1. Periksa Kebocoran Minyak
  2. Kebocoran minyak boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah gasket mesin yang rosak, sambungan wayar yang tidak baik, atau kebocoran tempat minyak.Anda boleh mengenal pasti kebocoran minyak dengan membuka dan bau penutup minyak kenderaan anda. Selain itu, anda juga boleh memeriksa bahagian bawah kereta untuk mengenal pasti sekiranya ada kebocoran.Jika terdapat kebocoran, anda perlu segera membawa kereta anda ke mekanik yang dipercayai untuk dibaiki.

     
     


  3. Ganti Minyak Enjin Secara Berkala
  4. Seterusnya, anda perlu menggantikan minyak enjin kereta anda tepat pada masanya. Hal ini kerana, minyak enjin berfungsi sebagai pelincir untuk bahagian enjin kereta, sekali gus memastikan ia berfungsi dengan lancar dan cekap. Oleh itu, kegagalan untuk menukarnya boleh menyebabkan penurunan prestasi enjin anda dalam jangka masa panjang.

     
     


  5. Ganti Palam Pencucuh
  6. Bukan itu sahaja, wayar dan palam pencucuh harus ditukar. Wayar tersebut berfungsi untuk menghantar arus elektrik ke palam pencucuh. Hal ini akan menghasilkan percikan api untuk menyalakan bahan bakar. Penggunaan secara berkala boleh menyebabkan enijn kereta anda tidak berfungsi dengan bagus dan lancar. Oleh itu, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk menukar wayar dan palam pencucuh sekiranya ia telah digunakan untuk jangka masa yang lama.Ini bukan sahaja dapat membantu enjin anda berjalan lancar tetapi juga meningkatkan jarak perjalanan kereta anda.

     
     


  7. Periksa Sistem Penyejuk
  8. Walaupun kereta anda telah menempuh jarak yang jauh dari segi kecekapan enjin kereta, banyak tenaga telah hilang semasa pembakaran enjin berlaku.Hal ini disebabkan oleh logam dan aloi, yang dihasilkan oleh enjin kereta anda yang tidak mesra dengan keadaan panas. Oleh itu, pastikan enjin kereta anda sentiasa mempunyai banyak air penyejuk di dalam tangki kereta kerana ianya sangat penting untuk proses pelepasan haba.Nisbah 1:1 air penyejuk dan air suling sangat sesuai untuk kereta anda. Bukan itu sahaja, pastikan anda sentiasa melihat pengukur suhu enjin pada hari yang panas terik dan mematikan kereta anda sekiranya ia terlalu panas.

     
     


  9. Periksa Udara Penapis
  10. Seperti manusia, enjin kereta anda juga memerlukan oksigen. Aliran udara yang tersekat dapat menyebabkan bahan bakar tidak terbakar sepenuhnya, seterusnya meningkatkan pelepasan dan mengurangi jarak tempuh.Tambahan lagi, pastikan anda memeriksa penapis udara dan bersihkan setiap kali anda merasakan terdapat terlalu banyak kotoran dan serpihan yang tersekat padanya.Enjin anda perlu bernafas dengan betul agar dapat berfungsi dengan baik dan terus berjalan.

     
     


  11. Periksa Tali Sawat
  12. Tali sawat juga merupakan part yang penting untuk kereta. Seeloknya 6 bulan sekali wajib periksa. Begitu juga dengan timing belt.

     
     


  13. Periksa Ketebalan Bunga Tayar
  14. Ramai pemandu yang terlepas pandang bahawa tayar adalah satu salah satu komponen yang paling penting kerana ia merupakan satu-satunya bahagian pada kenderaan yang bersentuhan dengan jalan. Sedikit kerosakan pada permukaan atau dinding tayar boleh menjejaskan keberkesanan brek, pengendalian dan pecutan kereta, iaitu aspek-aspek yang penting untuk pemanduan yang selamat.Jadi untuk mengelakkan kemalangan berlaku sentiasa lah periksa tayar anda.