About Us

Tentang Kami

Penyelesaian Muktamad Anda

YWS Automotif merupakan sebuah bengkel automotif yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Ia bermula dengan nama Yusworkshop & Services pada pertengahan tahun 2011 dan telah beroperasi selama 8 tahun sebelum bertukar nama kepada YWS Automotif. YWS Automotif mempunyai dua cawangan, dengan cawangan kedua lebih tertumpu kepada perkhidmatan major work seperti overhaul dan overhaul engine. YWS Automotif juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa dan menunda kenderaan yang dikendalikan di bawah YWS Resources Sdn Bhd.

Dikendalikan oleh Encik Mohamed Nusi bin Abdul Rahman dan beberapa orang kakitangannya yang berpengalaman dalam bidang automotif dan pengurusan, YWS Automotif memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Dengan matlamat untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada para pelanggan, YWS Automotif sentiasa menjaga dan memperbaiki mutu perkhidmatannya agar dapat memenuhi kehendak pelanggan. Kejayaan pembukaan cawangan kedua adalah hasil daripada sokongan para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan yang ditawarkan oleh YWS Automotif selama ini.

VISI


YWS Automotive ingin menjadi pusat baikpulih kenderaan yang dipercayai di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru.

MISI


Sentiasa melayan pelanggan dengan baik.

Sentiasa membuat pengesahan dengan pelanggan sebelum membuat sebarang pelarasan / baikpulih / servis.

Sentiasa memberi pelanggan pilihan untuk menggunakan alat ganti mengikut kemampuan pelanggan.
 

Sentiasa mengemaskini pengetahuan terkini dan kepakaran teknologi automotif dengan modul.

Latihan kakitangan yang teratur.

YWS Resources Sdn Bhd

Latar Belakang

2011

Yus Car Auto Servis ditubuhkan (Minor Servis & Major Servis).

2013

Yus Workshop & Tyre menambah perancangan (Minor Servis & Major Servis).

 

Yus Workshop & Tyre menambah perancangan servis (Minor Servis & Major Servis & Tayar & Alignment & Aircond).

2015

Yws Car Rental ditubuhkan dan mempunyai kereta sewa seperti Kancil, Exora, Myvi, Saga, Alza dan Hyundai Starex.

2018

YWS Car Carrier ditubukan dan mempunyai lori towing jenama Isuzu bermodelkan vehicle carrier.

2019

Yus Workshop mempunyai bilik sewa kedai dan terdapat beberapa orang menyewa di kawasan tersebut.

2020

Yus Workshop menambah peluang kerja untuk insurans towing seperti Etiqa, 365, 1MTTCC.

2021

Yus Workshop & Servis bertukar dari Enterprise ke Sdn Bhd iaitu YWS Resources Sdn Bhd dan juga mempunyai cawangan kedua yang terletak di No 8, Jalan Seharum 5 Taman Bukit Dahlia.

Bulan 7 2021

Sebahagian staf kami berpindah di cawangan baru.

2022

Kami mendapat peluang kerja kolaborasi antara Pomen X bersama Petronas.

2023

YWS AUTOMOTIVE berkoblarasi bersama PETRONAS Auto Expert.